Tujuan penubuhan Gabungan_Persatuan_Penulis_Nasional

  1. Menyatupadukan penulis-penulis tana hair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
  2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
  3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;
  4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
  5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
  6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan
  7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.